Sunday 15 May 2011

ikan masak kicap...

Ahad (15 Mei 2011)

ikan masak kicap yang simpel tapi sedap... resepi ni aku masak masa balik kampung baru-baru ini.. mak tak berapa sihat, jadi terpaksa le turun ke dapur. untuk mak yang ada masalah gastrik ikam masak kicapnya aku asingkan kerana ada beberapa bahan yang tak boleh dia makan seperti sos lada hitam..

mula-mula, goreng ikan dan kentang yang dipotong 6 terlebih dahulu dan angkat. selesai menggoreng ikan, tumis kan pula bawang putih, merah, halia dan cili yang telah di hiris. setelah naik bau, masukkan kicap pekat dalan 3 sudu makan, sedikit air. kemudian masukkan sos tiram dan sos lada hitam dalam 2-3 sudu. kalau terlalu pekat, tambahkan sedikit air. akhir sekali masukkan ikan dan kentang yng telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga menyeliputi ikan tadi.

ikan masak kicap sudah sedia untuk dijamah...hubby makan sampai habis..

No comments:

Post a Comment