Wednesday 20 April 2011

Ikan bilis masam manis

Isnin (21-Apr-2011)

Kalau dulu resipi roti john dan pizza, sekarang ni saya nak kongsikan resipi ikan bilis asam manis saya.. resepi ni asalnya mak saya yang ajar, jadi bukanlah 100% ciptaan sendiri. bak kata orang resipi keluarga lah katakan...

Resipi ni mudah saja, untuk orang yang malas memang sangat sesuai kerana bukan saja sedap tapi cepat. Saya jamin korang mesti bertambah nasi punya... sebab semua deria rasa digunakan... hehe...

mula-mula sekali goreng ikan bilis (segenggam) hingga betul-betul garing. ini untuk memastikan ikan bilis nanti tidak keras kalau tidak cukup garing. setelah gorengkan ikan bilis tadi, masukkan sedikit minyak masak dan goreng hingga naik bau bawang merah dan putih, tambah cili potong (terpulang, kalau nak pedas gunakan cili api), masukkan buah tomato yang di potong 6 (kalau tiada buah tomato boleh gunakan air asam), masak hingga buah tomato agak lembik, tambah kan sedikit air, masukkan gula dan garam (kurangkan garam kerana ikan bilis sudah masin) secukup rasa, dan masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi...

sekarang boleh hidangkan dengan nasi yang masih panas... umph... boleh tambah nasi sampai tiga pinggan... kalau tak percaya cubalah...

No comments:

Post a Comment