Sunday 15 May 2011

ikan masak kicap...

Ahad (15 Mei 2011)

ikan masak kicap yang simpel tapi sedap... resepi ni aku masak masa balik kampung baru-baru ini.. mak tak berapa sihat, jadi terpaksa le turun ke dapur. untuk mak yang ada masalah gastrik ikam masak kicapnya aku asingkan kerana ada beberapa bahan yang tak boleh dia makan seperti sos lada hitam..

mula-mula, goreng ikan dan kentang yang dipotong 6 terlebih dahulu dan angkat. selesai menggoreng ikan, tumis kan pula bawang putih, merah, halia dan cili yang telah di hiris. setelah naik bau, masukkan kicap pekat dalan 3 sudu makan, sedikit air. kemudian masukkan sos tiram dan sos lada hitam dalam 2-3 sudu. kalau terlalu pekat, tambahkan sedikit air. akhir sekali masukkan ikan dan kentang yng telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga menyeliputi ikan tadi.

ikan masak kicap sudah sedia untuk dijamah...hubby makan sampai habis..

Wednesday 20 April 2011

Ikan bilis masam manis

Isnin (21-Apr-2011)

Kalau dulu resipi roti john dan pizza, sekarang ni saya nak kongsikan resipi ikan bilis asam manis saya.. resepi ni asalnya mak saya yang ajar, jadi bukanlah 100% ciptaan sendiri. bak kata orang resipi keluarga lah katakan...

Resipi ni mudah saja, untuk orang yang malas memang sangat sesuai kerana bukan saja sedap tapi cepat. Saya jamin korang mesti bertambah nasi punya... sebab semua deria rasa digunakan... hehe...

mula-mula sekali goreng ikan bilis (segenggam) hingga betul-betul garing. ini untuk memastikan ikan bilis nanti tidak keras kalau tidak cukup garing. setelah gorengkan ikan bilis tadi, masukkan sedikit minyak masak dan goreng hingga naik bau bawang merah dan putih, tambah cili potong (terpulang, kalau nak pedas gunakan cili api), masukkan buah tomato yang di potong 6 (kalau tiada buah tomato boleh gunakan air asam), masak hingga buah tomato agak lembik, tambah kan sedikit air, masukkan gula dan garam (kurangkan garam kerana ikan bilis sudah masin) secukup rasa, dan masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi...

sekarang boleh hidangkan dengan nasi yang masih panas... umph... boleh tambah nasi sampai tiga pinggan... kalau tak percaya cubalah...

Tuesday 12 April 2011

Pizza Arab- daging dan cendawan

Wednesday (13 Apr 2011)...

Blog sebelum ni saya menggunakan roti arab utk roti john.. seperti yg dijanjikan, kali ni saya munggunakan roti arab sbg base utk pizza saya... oleh itu, jadilah pizza arab..hehe..

resepi ni bukan saja mudah, malah sedap.. dan yg lebih penting korang tak payah susah-susah nk uli tepung dan tunggu sampai kembang... confirm siap dalam 10 minit.. kalau korang ada miocrowave lagi cepat..

mula-mula sapukan roti arab bahagian atas (yang kembung) dgn marjerin.. fungsinya nnt masa bakar ia akan merangupkan base korang.. jadikan bahagian bawah roti arab (yg leper)sebagai base untuk bahan-bahan topping nnt.

sebagai sos, gunakan sos spageti dalam 3 sudu mkn campurkan dgn sos cili dalam 1 sudi. gaulkan dan sapukan hingga rata atas roti arab. letakkan berselang daging cincang (supaya cepat masak), cendawan butang yng telah dihiris, hirisan tomato, hirisan hot dog, dan keju mozarella.... kemudian bakar dlm oven bersuhu 180 deg dalam 10 min... siap, cepat dimasak dan sedap dimakan...  kalau anda nk tambah dgn benda lain yg rasanya logik utk pizza pun blh jg.. be creative...

confirm suami anda akn berpuas hati dan suruh buat lg... itupun kalau dia suka mkn pizza.... ok,jumpa di episod akn datang...

sesiapa yg dah cuba, silalah komen...

Saturday 9 April 2011

Roti arabic john...

Sabtu (10 Apr 2011)

Sama macam roti john, tapi kali ni versi roti arab...

sebelum husband pergi keja, siapkan sarapan utk dia dulu... sebelum tu rusydi dah aku siap mandikan sebab pagi-pagi lg dah ada jamban kat bontot...hehehe... biasaler tu..

nasib baik hubby start keje lewat, so bh lewat sket sediakan sarapan.. pukul 9 pg aku bukak peti ais dan keleuarkan roti arab yg aku dah beli ari rabu ari tu kat pasar malam blakang umah aku.

belah dua roti arab tadi dan sapukan dgn majerin versi olive oil (sihat sket)... bakar (kita bako jer) hingga kekuningan, dan angkat...

telur nyer buat macam versi roti john yg sebelum ni... 2 bj telur dipukul dgn 2 sd daging hancur, bawang besar dadu, kari (ayam), secubit garam, dan lada putih...

tuangkan bahan tadi atas kuali leper dan ratakan. dah separu masak tekup bahagian bawah roti arab yang dah dibako atas telur tadi...tunggu hingga masak... sapu mayonis dan sayur, sos...siap...cepat di masak dan sedap dimakan... silalah mencuba pada sape-sape yang malas dan tak tau nk cari idea nk buat ape ngan roti arab korang...

next episod aku akan ceritakan macam mana nk gunakan roti arab dgn cara lain plak... tunggu yer...

agak nyer ada tak orang baca blog aku ni? ker aku ni syok sendiri jer?... huhu...

Friday 8 April 2011

Roti john sebagai sarapan...

Hari Khamis (7 Apr 2011)

setelah memandikan rusydi anakku yg masih 10 bln aku pon melangkah ke dapur terus terpikirkan idea utk membuat sarapan roti john...
roti hot dog yg aku dah beli 2 hari lalu masih belum aku buka di belah dua, sapu dgn marjerin naturel versi olive (lebih sihat).. bakar atas kuali leper tahan melekat hingga garing kekuningan.

kemudian pecahkan dua biji telur, masukkan daging cincang dalam dua sudu mkn, bawang besar yg didadu, garam secubit, sesudu makan serbuk kari (ayam), lada putih sedikit. gaul rata dan tuangkan atas kuali leper yang telah panas. ratakan atas kuali dan kemudian letak roti bahagian bawah atas telur yg belum masak... tunggu sehingga masak dan balikkan ke bahagain belakang roti... dan angkat...

potong sayur kobis halus-halus, mentimun, dan tomato.. sapu roti dgn mayonis, letakkan sayur, tuang kan sos cili... lapiskan dgn roti bahagian atas.. sedia utk di makan... siap 3 roti dalam 10 minit jer...dan yang penting sedap....komen kawan-kawan tempat keje...

gambar akan download kemuadian....